Biografi Dewi Sandra

Sandra dilahirkan di Brazil pada 3 April 1980. [1] Beliau memiliki darah kacukan; ayahnya, John George Killick, merupakan warga British dan ibunya, Hajjah Prihartini, berketrurunan Betawi. [1][2][3] Sebagai kanak-kanak, beliau mempunyai berat badan berlebihan; ini menyebabkan beliau digelar "Miss Piggy". [4] Bagaimanapun, beliau mengurangkan berat badan dan mula menjadi peragawati pada zaman remaja, kemudian merakamkan album kompilasi Menari-Nari (Dance) bersama rakan modelnya.[5]

Beliau melancarkan album pertamanya, Kurasakan, pada 1998 untuk meraih sambutan. Pengkritik membantah bahawa beliau hanya "menjual wajahnya yang cantik". Beliau kemudiannya menghadiri kelas vokal seterusnya,[2] selepas beliau melancarkan album kedua, Tak Ingin Lagi, yang menerima sambutan baik dan memenangi Anugerah Musik Indonesia sebagai Album R&B Terbaik 2001.[5]

Album beliau yang seterusnya, Kuakui, telah dilancarkan 2004 selepas 3 tahun dalam pembikinan. Album seterusnya, Star, lebih bereksperimen. Ia diadun dengan rentak uptempo dalam beberapa lagu dengan balada perlahan.[5]

Pada tahun berikutnya, Sandra menjadi pengacara Indonesian Idol musim kelima. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa drama Indonesia.[5]

Sandra melancarkan album kelimanya, Wanita, tidak lama selepas perceraiannya pada 2009. Single daripada album ini, "Kapan Lagi Bilang I Love You", telah dikeluarkan pada April, dengan album seterusnya pada Oktober. Salah satu lagunya, "Satu Untuk Selamanya", berkisarkan bagaimana beliau mengenali Glenn Fredly pada awal perhubungannya. [5]

Pada 2011, beliau berlakon dalam sinetron pertamanya, Nada Cinta sebagai guru dan penyanyi. Beliau menyatakan keterujaannya apabila diberikan watak utama. [6]